5rte

5rte

James Bond meninggal dunia

James Bond meninggal dunia
PELAKON yang terkenal sebagai watak James Bond, Sir Roger Moore meninggal dunia pada usia 89 tahun, lapor BBC.
Sir Roger melakokan watak pengintip dalam tujuh filem Bond termasuk Live and Let Die serta A View to a kill.
Keluarga pelakon itu mengesahkan kematiannya di laman Twitter memaklumkan pelakon itu meninggal dunia selepas menderita kanser.
"Dengan rasa berat hati, kami ingin berkongsi berita sedih bahawa, bapa kami, Sir Roger Moore meninggal dunia hari ini (semalam). Kami semua berada dalam kesedihan," kata mereka dalam laman Twitter.
Bintang veteran itu meninggal dunia di Switzerland dan akan dikebumikan secara tertutup di Monoco bagi memenuhi permintaan terakhir pelakon itu, kata anaknya.
Selain terkenal dalam filem Bond, Moore juga dikenali untuk siri TV The Persuaders dan The Saint.
Sir Roger juga dikenali melakukan kerja-kerja amal dan diperkenalkan kepada Unicef oleh mendiang Audrey Hepburn dan telah dilantik sebagai duta muhibah pada tahun 1991.

Adakah Solat Kita Sah? Mari Kita Kaji Syarat Sah Solat

Bukan bermakna syarat sah solat ini untuk orang yang mudah lupa sahaja. Ia adalah untuk semua orang Islam. Anggap pengetahuan ‘basic’ itu sebagai ulangkaji untuk kita semua.
Kita selalu mengerjakan solat. Kita seronok bersolat. Tapi sedarkah kita apakah syarat sah solat itu sebenarnya? Mari kita ‘refresh’ pengetahuan kita berkenaan syarat sah solat. Syarat sah ini adalah dipetik dari kitab Munyatul Musolli (Idaman orang yang Solat) karangan Syeikh Daud bin Abdullah Al-Fathani.

Orang yang memelihara dan mendirikan solat adalah merupakan hamba Allah yang mencari kemenangan. Untuk memperolehi nikmat kemenangan di dalam solat, seseorang itu haruslah memelihara segala syaratnya.

  1. Mengetahui Masuk Waktu Solat
    • Seseorang itu harus mengetahui masuknya waktu solat dengan penuh yakin atau separuh yakin (zhan) bagi setiap waktu yang hendak dikerjakan
    • Tidak sah solat sekiranya seseorang itu tidak mempunyai ilmu untuk mengetahui waktu masuknya sesuatu solat wajib yang hendak dikerjakan.
  2. Kiblat
    • Mengetahui arah kiblat yang menjurus ke arah Kaabah
  3. Menutup Aurat
    • Lelaki – Menutup aurat antara pusat dan lutut
    • Perempuan – keseluruhan tubuh melainkan muka dan tapak tangan
  4. Mengetahui Cara Mengerjakan Solat
    • Dengan mengetahui rukun dan sunat di dalam setiap pergerakan solat
  5. Bersih dari Hadas
    • Bersih dari hadas kecil dan hadas besar
  6. Bersih dari Najis
    • Bersih dari najis yang tidak dimaafkan pada tubuh, pakaian dan tempat solat
    • Tidak boleh bersentuh najis dengan sebahagian dari badannya
  7. Berhenti dari berkata-kata
    • Berhenti dari mengeluarkan kata-kata dengan sengaja selain dari bacaan Al Quran, zikir dan doa
    • Solat adalah batal walapun berkata-kata dengan dua huruf
  8. Meninggal atau melebihkan Rukun
    • Meninggalkan atau melebihkan rukun perbuatan dengan sengaja seperti sujud tiga kali atau rukuk dua kali
    • Wajib meninggalkan perbuatan yang bukan perbuatan solat seperti melompat, memukul dan melangkah secara berturut-turut
Sumber: SirapLimau

Jom Jadi Pengedar Onexox

Jom Jadi Pengedar Onexox

1) Modal Rm90 Sahaja

2) 5 Keping Simkad Diberikan
      a) 1 Nombor Pengedar
      b) 4 Lagi Untuk Dijual

3) Akses Penuh Ke Dalam Sistem
      a) Boleh Daftarkan Nombor Baru
      b) Boleh Kekalkan Nombor Lama
      c) Boleh Topup Pengguna
      d) Boleh Check Rekod Topup
      e) Boleh Check Insentif Dan Transaksi

4) Insentif 10% Level 1 Dari Setiap Topup Pengguna

SUBDEALER
LEVEL 1 = 10%
LEVEL 2 = 2%
Total 12% Insentif

Selepas Mendaftar 20 Pelanggan Siap Topup Rm10
Akan Naik Sebagai Dealer Dan 2 Tier Lagi Dibuka


DEALER
LEVEL 1 = 10%
LEVEL 2 = 2%
LEVEL 3 = 2%
LEVEL 4 = 1%
Total 15% Insentif

Jika Maintain 50 Pendaftaran Kumpulan Dalam Masa Sebulan
Akan Dinaikkan Jadi Super Dealer Dan 2 Tier Lagi Dibuka

SUPER DEALER
LEVEL 1 = 10%
LEVEL 2 = 2%
LEVEL 3 = 2%
LEVEL 4 = 1%
LEVEL 5 = 1%
LEVEL 6 = 1%
Total Insentif 17%

5) Untung Jualan simkad 22%

6) INSENTIF RM20 BILA LANTIK SUBDEALER

DEALER diperlukan, JUAL SEKALI income SELAMANYA… Baca DULU…

⌚Assalamualaikum…. dan salam semua..
Ini adalah bisnes SIMKAD, yang mana boleh dikatakan setiap orang menggunakannya, peluang perniagaan besar.

Hanya jual simkad RM10, anda boleh menjana pendapatan komisyen selama mana pembeli menggunakan simkad tersebut.

Dealer DIPERLUKAN. Sebelum menyatakan minat untuk menjadi dealer. Cuba tanya terlebih dahulu keluarga, rakan atau orang sekeliling.
Nak tak tempoh sah kredit boleh bertahan sehingga 28 bulan dengan MNP iaitu beralih ke syarikat ini, nombor telefon masih sama [tak bertukar].

Sebelum ini contohnya, anda topup RM10 hanya bertahan seminggu. Duit masih ada tapi nak telefon tak boleh kerana tempoh tamat.

Yang ini contohnya, topup ada masih RM5, 5 bulan lagi masih boleh telefon. Maksudnya kalau topup tu masih bertahan sehingga bulan ke-5, ke-10 atau sehingga ke 28 bulan..masih boleh telefonn…
Bukan hanya 28 bulan. Kalau topup RM50 ditambah lagi 50 hari selepas 28 bulan tersebut. Topup RM30, ditambah lagi 30 hari, topup RM10, ditambah sepuluh hari, begitulah seterusnya. Tempoh sahnya panjang-panjang. Lihat contoh tempoh aktif di bawah;

DA – Untuk panggilan, MA – Untuk Internet. Sekiranya tidak menggunakan internet tetap akan digunakan untuk panggilan. Pecahan topup seperti gambar paling bawah.
PAKAI SEHINGGA HABIS KREDIT BARU TOPUP, BUKANNYA KREDIT MASIH ADA DAH KENA TOPUP KERANA TAMAT TEMPOH.
HANYA RM10 SIMKAD.

Tanya lagi….Nak tak kalau kadar panggilan semua rangkaian RM0.18 seminit atau RM0.09 kalau panggilah di bawah 30 saat.

Tanya lagi mereka…
Nak tak kalau kadar panggilan RM0.12 seminit atau RM0.06 untuk panggilan di bawah 30 saat. Untuk 10 nombor (Aktif10) F&F mana-mana rangkaian.

Tanya lagi mereka semua…
Nak tak 150 SMS percuma setiap bulan (tahun pertama) bagi sesama Telco ini. SMS yang tak habis digunakan akan dibawa ke bulan hadapan. Contoh di atas dah 507 FREE SMS.

Tanya lagi mereka semua itu…
Nak tak DATA internet RM10 untuk 1GB selama sebulan??
Info untuk maklumat ini rujuk gambar paling bawah.

Tanya mereka juga…
Nak tak masuk VOICEMAIL hanya RM0.06. Ada syarikat tu charge sampai RM0.28 apabila masuk Voicemail.
Inshaallah jawapan yang akan terima, NAK! NAK!!


Oleh itu bolehlah anda mendaftar menjadi SUB-DEALER syarikat ini seperti yang diperlukan kami.
Apa yang ANDA/DEALER dapat?

Untuk line pertama- Setiap pembeli simkad tadi, setiap kali mereka topup, komisyen anda 10%. Contohnya kalau mereka topap RM50, komisyen anda RM5. Sampai bila?? Sampai mereka campak simkad tersebut. Insyaallah mereka tak akan campak kerana PENJIMATAN YANG AKAN DAPAT DIRASAI MEREKA.

Bayangkan topup RM50, 2 bulan masih belum habis kredit – Ini bagi pengguna biasa-biasalah. Bukan kaki telefon kencang atau bukan yang sedang bercinta kini. Kalau yang sedang bercinta tu topup lebih sikit…
Untuk line ke-2, 2% komisyen, untuk line ke-3, 2% komisyen, untuk line ke-4, 1% komisyen. Untuk line ke-5, dah tak ada lah..bagi peluang dealer lain pula merasainya.

Orang yang bukan kaki niaga pun, insyaallah mudah untuk membuat penerangannya.
Contoh peningkatan komisyem bagi mereka yang rajin bekerja. Ingat kena KERJA, kena PROMOSI dan kena JUAL simkad dan kena cari sub-dealer lain apabila simkad yang anda jual dah mencapai 20 keping. Bukan duduk saja…




Jangan kalut dengan jualan puluh-puluh ribu di atas. Ia jualan kumpulan, bukannya seorang.
Hanya JUAL SIMKAD RM10, pendapatan SAMPAI BILA-BILA… inshaallah…
Ini bagi yang tak berapa ‘laju’ sangat.



Berapa bayaran DEALER?
HANYA RM90…Anda akan memperolehi 5 keping simkad  untuk dijual semula atau dipakai sendiri.  Anda akan diberi akaun untuk log-in DI SINI.


Senang jual abang-abang, kakak-kakak, adik-adik – HANYA RM10 dengan KREDIT PANGGILAN RM5.


Untuk yang tak berminat menjadi Dealer, nak jadi pengguna biasa…28 bulan anda dapat, RM0.18/minit @ RM0.09/30 saat anda dapat. RM0.12/minit @ RM0.06/30 saat anda dapat. Telefon bawah 10 saat hanya RM0.05. Voice mail RM0.06. 150 sms percuma anda dapat. Kenapa nak gunakan kadar yang mahal-mahal, kadar murah dan menjimat ni ada! Penerangan lihat gambar di bawah.
Simkad hanya RM15 termasuk pos.


Akhirnya…
TELCO apa ni…
Ia adalah syarikat Telco ONEXOX SDN BHD yang menggunakan liputan CELCOM. Lihat laman web DI SINI. Lihat pelan dan KADAR PANGGILAN seperti DI SINI.


NAK JADI DEALER, NAK JADI PELANGGAN, Untuk keterangan lanjut;
01111445779 – Call
01120000089 – Call & Whatsapp
Whatsapplah…Jom jadi dealer sekarang sebelum ia MELETOP-LETOP!! Terima kasih…Klik untuk SENARAI DEALER TEAMONEXOX

7 Sebab Rezeki tidak Datang...Mengapa rezeki tidak datang? …

Sesuatu itu tidak akan berlaku tanpa sebab. Bila bersebab, baru lah sesuatu akan terjadi. Sebab apa rezeki tidak datang?

1. Kerana…

kita tidak bersyukur dengan apa yang kita ada. Tidak kira kecil mana kelebihan yang kita ada, perlu tanamkan rasa kesyukuran atas rezeki yang kecil itu.

2. Kerana…

kita selalu dalam keadaan sedih, risau, takut dan perasaan-perasaan negatif lain. Perasaan ini akan memakan diri sendiri untuk terus diselubungi kegusaran fikiran. Bila minda tertutup, tindakan positif akan terhenti.

3. Kerana…

kita egokan diri kita dan fikirkan kita tidak mahu belajar dan terima teguran. Kita fikir kita telah tahu segalanya dan tidak perlu menambah ilmu. Rezeki tidak akan datang tanpa ilmu.

4. Kerana…

kita sombong pada manusia, dan makhluk Allah termasuk haiwan. Sifat sombong dan tidak menghormati yang lain tidak kira pangkat atau darjat.

5. Kerana…

kita enggan membantu mereka yang memerlukan tetapi mengharap orang laun membantu kita. Bila kita membantu seorang, sebenarnya 10 lagi akan membantu kita.

6. Kerana…

kita mepunyai rasa tamak dan fikirkan kita sahaja berhak untuk terima rezeki bukan orang lain. Perasaan dengki, irihati dan benci melihat rezeki orang lain akan menutup rezeki kita.

7. Kerana…

kita sombong dan lupakan suruhan Allah swt dan tidak meminta dariNya, kerana Allah sahaja lah pemberi rezeki yang utama dan bukan manusia.
Pastinya ada sebab mengapa rezeki tidak datang kepada kita. Tanggungjawab diri adalah untuk sentiasa muhasabah diri sentiasa dan lihat bagaimana kita boleh perbaiki diri supaya mudah rezeki akan datang InshaaAllah!

Anda mahu didoakan 70 Ribu Malaikat Ketika Meninggal Dunia? Amalkan Surah Ini Setiap Malam

Siapa yang tidak gembira jika ketika meninggal di doakan lebih kurang 70 ribu malaikat. Pasti orang yang seperti ini sangat beruntung sekali. Sebagai umat Muslim yang taat kita pasti bertanya-tanya amalan seperti apa hingga Malaikat Allah SWT melakukan demikian kepada kita manusia.
Anda mahu didoakan 70 Ribu Malaikat Ketika Meninggal Dunia? Amalkan Surah Ini Setiap Malam...

Pada kali ini kita akan mengetahui amalan tersebut ialah hanya dengan membaca surrah Al Qur’an yang sangat pendek dan ini termasuk ke dalam Juz ‘Amma. Baca lebih lanjut lagi.

Kisah ini diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a. Pada suatu pagi Rasulullah SAW bersama dengan sahabatnya Anas bin Malik r.a. melihat suatu keanehan. Bagaimana tidak, matahari terlihat begitu redup dan kurang bercahaya seperti biasanya.
Tak lama kemudian Rasulullah SAW dihampiri oleh Malaikat Jibril.

Lalu Rasulullah SAW bertanya kepada Malaikat Jibril : “Wahai Jibril, kenapa Matahari pagi ini terbit dalam keadaan redup? Padahal tidak mendung?”

“Ya Rasulullah, Matahari ini nampak redup kerana terlalu banyak sayap para malaikat yang menghalanginya.” jawab Malaikat Jibril.

Rasulullah SAW bertanya lagi : “Wahai Jibril, berapa jumlah Malaikat yang menghalangi matahari saat ini?”

“Ya Rasulullah, 70 ribu Malaikat.” jawab Malaikat Jibril.

Rasulullah SAW bertanya lagi : “Apa gerangan yang menjadikan Malaikat menutupi Matahari?”

Kemudian Malaikat Jibril menjawab : “Ketahuilah wahai Rasulullah, sesungguhnya Allah SWT telah mengutus 70 ribu Malaikat agar membacakan shalawat kepada salah satu umatmu.”

“Siapakah dia, wahai Jibril?” tanya Rasulullah SAW.

“Dialah Muawiyah…!!!”jawab Malaikat Jibril.

Rasulullah SAW bertanya lagi : “Apa yang telah dilakukan oleh Muawiyah sehingga saat ia meninggal mendapatkan kemuliaan yang sangat luar biasa ini?”

Malaikat Jibril menjawab : “Ketahuilah wahai Rasulullah, sesungguhnya Muawiyah itu semasa hidupnya banyak membaca Surat Al-Ikhlas di waktu malam, siang, pagi, waktu duduk, waktu berjalan, waktu berdiri, bahkan dalam setiap keadaan selalu membaca Surat Al-Ikhlas.”

Malaikat Jibril melanjutkan penuturannya : “Dari itulah Allah SWT mengutus sebanyak 70 ribu malaikat untuk membacakan shalawat kepada umatmu yang bernama Muawiyah tersebut.”

Allahuakbar, SubhanAllah sahabat, Allah Maha Besar bacalah sekali lagi hadis diatas sahabat begitu besar nikmat yang diberikan oleh Allah SWT kepada seorang hamba-Nya jika menyempatkan diri untuk mengamalkan serta membaca Surrah Al Qur’an yaitu Al Ikhlas setiap hari. Dan Insya Allah akan didoakan oleh Malaikat Allah serta juga Insya Allah akan dimasukkan kedalam golongan-golongan orang-orang yang mendapat kemenangan pada hari akhirat nanti iaitu menjadi salah satu penghuni Syurga-Nya, Amiin.

Dalam hadis lain Rasulullah SAW bersabda yang ertinya :”Apakah seorang di antara kalian tidak mampu untuk membaca sepertiga Al-Qur’an dalam semalam?” Mereka menjawab, “Bagaimana mungkin kami boleh membaca sepertiga Al-Qur’an?” Lalu Nabi SAW bersabda, “Qul huwallahu ahad itu sebanding dengan sepertiga Al-Qur’an.” (H.R. Muslim )

Demikianlah sahabat tentang amalan yang baik untuk dilakukan dalam kehidupan sehari-hari. Amalkanlah sahabat dimanapun para sahabat berada. Semoga bermanfaat bagi semua. Jazakumullah

Mahu Anak Jadi Bijak. Cuba Cara Ini Semasa Anak Masih Kecil Lagi.

Setiap ibu bapa mahu anaknya membesar menjadi seorang yang genius atau bijak.  Sebenarnya kebijaksanaan si kecil boleh dipupuk sejak kecil. Apa yang boleh anda buat untuk merangsang kebijaksanaan si kecil? Ketahui 7 cara mudah untuk diikuti.

1.    Belajar muzik
Belajar bermain alat muzik merupakan cara yang berkesan untuk meningkatkan pembelajaran otak kanan dengan santai dan mudah. Menurut hasil kajian Universiti Toronto, Amerika Syarikat, pelajaran muzik dapat meningkatkan tahap kecerdasan dan prestasi si kecil di sekolah. Semakin lama anak anda belajar bermain muzik, semakin jelas hasilnya boleh dilihat. Oleh itu, dedahkan anak-anak dengan alat muzik atau lagu-lagu yang sesuai sejak kecil untuk kecerdasan otak.

2.    Tingkatkan kesihatan
Beberapa kajian telah membuktikan bahawa tahap kesihatan anak yang tinggi dapat mempengaruhi pelajarannya di sekolah. Kanak-kanak yang sihat akan aktif di sekolah dan meningkatkan keyakinan diri, sentiasa bersemangat dan dapat memupuk sifat kepimpinan dalam diri anak-anak. Justeru, tingkatkan kesihatan anak dengan amalan gaya hidup yang sihat di samping memberikan makanan yang berkhasiat untuk si kecil.

3.    Permainan video
Ramai yang beranggapan permainan video yang banyak didapati dalam gajet boleh memudaratkan si kecil. Namun, permainan video yang sesuai ada sisi baiknya. Yang penting anda bijak memilih permainan yang sesuai dengan usia anak. Asalkan ia boleh meningkatkan kreativiti, melatih cara berfikir dan menguji kebijaksanaan si kecil. Terdapat kajian mendapati anak kecil yang bermain permainan video lebih berkemampuan dalam menyelesaikan masalah dalam pelajaran di sekolah. Jadi, tidak salah untuk memberikan anak-anak bermain dengan gajet selagi anda memantau penggunaannya dan sentiasa kemas kini aplikasi yang ada.

4.    Memupuk rasa ingin tahu
Berikan perhatian terhadap minat anak, mengenalkan dan mengajarkan perkara-perkara baru adalah cara untuk mendidik si kecil anda di rumah mahupun di luar rumah. Contohnya ajak membeli-belah bersama supaya mereka tahu cara penggunaan wang dan lain-lain. Semua ini merupakan cara yang baik sekali gus boleh diguna pakai untuk memupuk rasa ingin tahu anak-anak tentang kehidupan orang dewasa.

5.    Membaca
Dalam dunia moden dengan peningkatan teknologi secara meluas, ramai yang mengabaikan pentingnya membaca. Membaca merupakan cara meningkatkan tahap kecerdasan otak seseorang yang paling berkesan. Membacakan anak-anak anda buku cerita yang menarik atau cerita dogeng kegemaran mereka, ajak ke perpustakaan pada hujung minggu atau ke kedai buku untuk menambah koleksi bacaan antara cara terbaik untuk memupuk minat membaca si kecil.

6.    Sarapan pagi
Pastikan si kecil anda mengambil sarapan pagi mereka kerana seorang anak yang bersarapan akan memiliki ingatan yang lebih baik, dapat menumpukan perhatian di sekolah dan dapat belajar lebih cepat. Tidak perlu sarapan yang berat setiap hari, cukup sekadar segelas susu bersama sandwic atau bijirin sarapan yang dapat mengenyangkan. Itu sudah mencukupi bagi memulakan hari dengan penuh bersemangat.

7.    Beriadah
Tutup televisyen dan ajaklah anak anda keluar untuk beriadah di taman atau bermain bola dan sebagainya. Galakkan mereka cara hidup yang sihat kerana badan yang sihat membuatkan otak si kecil anda cerdas.

Info Solat : Baiki Cara Solat kita ... [ 10 Kesilapan Biasa Sering Dilakukan Khas Buat Perempuan ]


Baru saja lepas mendengar ceramah Ustazah Hjh Siti Khadijah

Din, sebentar tadi. Rasa terlalu bernilai ilmu yg dicurahkan beliau, rugi kalau tak

dikongsi bersama. Topik adalah mengenai adab2 solat. Setelah mengikuti

kuliah beliau (2 minggu sekali) selama beberapa bulan yg lepas, baru

kini timbul kesedaran betapa solat yg saya dirikan terlalu rendah

kualitinya. Bagaimana bisa solat berkenaan diterima Allah...umur dah

lanjut macam ni pun solat masih di peringkat mediocre, itu pun kalau

boleh di kategorikan begitu.

Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat, penceramah mencadangkan kita

mengambil 2 minit untuk "menyediakan diri " sebelum menghadap Yg Esa;

Dua perkara yg elok dilakukan sebelum berniat utk solat...sewaktu kita berdiri tegak sebelum lafaz niat:

Minit Pertama -

Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm diri kita. Kenangkan kembali dosa2 kita,

betapa kerdil dan hinanya kita, seolah2 tak layak untuk diberi peluang menghadap

yang Esa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan menyesal lah.

Minit Kedua -

Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa kita diciptakan oleh yg Esa utk beribadat

kepadaNya. Kenangkan betapa bersyukurnya kita dijadikan sbg seorg Islam, mempunyai

Tuhan yg begitu menyayangi hamba2Nya yg hina ini lebih daripada seorg ibu

menyayangi anaknya.

Setelah dilakukan kedua2 perkara ni, barulah kita niat solat dan mengangkat takbir. Berniatlah dlm keadaan berdiri tegak, bukan sambil membetul2kan kain sembahyang, telekung dan sebagainya. Fokus. 

Setelah bertakbir, penceramah menunjukkan pula cara2 solat yg betul,

penuh adab dan sopan, sesuai dgn keperibadian kita sebagai wanita dan selayak2nya

adab untuk menghadap Tuhan.

1) Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat takbir

i. Dgn meletakkan kedua2 ibu jari di bawah cuping telinga

ii. Dgn meletakkan kedua2 jari telunjuk di bawah cuping telinga

iii. Mengangkat kedua2 tangan sehingga ke paras dada (bukan telinga).

Perlu diingatkan, kedua2 lengan hendaklah dirapatkan ke badan.

Menurut penceramah, syaitan2 yg berupa kambing hitam

gemar bergayut2 dicelah lengan (bawah ketiak) utk mengganggu solat kita,

oleh itu sekiranya kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang utk mereka.

2) Qiyyam - cara qiyyam yg betul ialah memposisikan tgn kiri ke atas sikit

dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan ke atas, seolah2

menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas tangan kiri agak2

selesa. Pastikan kedua2 lengan adalah rapat mendekati badan.

3) Rukuk - peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dgn penuh tertib

dan sopan. Kedua2 tangan melurut peha dgn perlahan dan berhenti di atas lutut.

Pastikan badan kita di dlm posisi sudut tepat (90 darjah). Siku juga

dirapatkan ke badan dan sudut tepat.

4) 'Iktidal - tegakkan badan semasa membaca "Sami Allahuliman hamidah.."; dan mengangkat tangan posisi takbir ketika membaca "...rabbanaa lakal hamdu"

5) Sujud - sujud dari segi istilah ialah "penyerahan diri yang tertinggi".

Tertib sujud ialah dengan meletakkan kedua2 lutut ke lantai,

baru diikuti tapak tangan dan seterusnya dahi. Kedua2 tangan dirapatkan di bhgn bawah

sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit ruang terbuka di antara kedua2 tangan dan

di situlah dahi diletakkan. Jgn sujud terlalu jauh ke hadapan kerana dikhuatiri akan

melebihi lebih dari anggota sujud yg 7 iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut

and kedua belah kaki (setakat jari shj). Ibu jari kaki dilentur sedikit agar

menghala ke kiblat.

6) Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara :

i. Papan punggung diletakkan di atas kedua2 kaki

ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri ,dan kaki kanan dilentur agar ibu jari

menghadap kiblat.

7) Bangun selepas sujud - duduk sebentar sebelum bangun, bukan dlm keadaan bangun menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan utk bangun, gunalah tgn kanan utk membantu kita bangun atau kedua2 tangan.

8) Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada ketika menyebut "...illallahh. ..";

(semasa membaca "laa ilaa ha ILLALLAH"). Jari telunjuk itu jangan diturunkan sehingga memberi salam.

9) Salam - tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam. Menoleh sejauh

mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai di sekeliling

kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah jika bahu dialihkan

sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180 darjah. Semasa menoleh

ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan sebaliknya.

10) Berdoa sesudah solat - seelok2 duduk ialah dgn melapikkan papan punggung dgn kedua2 kaki. Tgn diangkat separas dada dan berdoalah dlm keadaan tunduk sedikit

kerana sekiranya kita berdoa dgn tgn yg tinggi dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kita sedang menghadap yg Esa.

Seterusnya sebelum selesai ceramah, Ustazah sempat mengingatkan

para hadirin bahawa kain yg digunakan ukt solat juga perlu menepati

ciri2 yg tertentu. Antaranya:-

1) Tidak jarang.

Rata2 kain telekung masa kini adalah jarang. Sekiranya kita memakai

kain yg jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna kulit, maka solat kita

tidak sah. Seelok2nya carilah kain telekung yg tidak jarang (antara caranya ialah dgn

menggunakan lapis kain ataupun, pakailah anak telekung atau tudung labuh di dalam dan

pastikan sewaktu di rumah, apabila kita solat cuma dgn berbaju sleeveless di dlm telekung, pastikan bahu dan tangan tidak kelihatan warna kulit jika diamati dari luar telekung.

2) Kadang2 sewaktu musafir,

ada muslimah yg malas membawa kain solat, sekadar membawa telekung sahaja

(tak payah org lain, saya pun begini). Apabila tiba waktu solat, cuma kain di

badan sahaja digunakan dan bagi menutupi kaki, kita memakai stokin. Cara

ini memang tidak salah, tapi pastikan stokin yg dipakai tidak jarang.

Ingatlah sewaktu kita sujud, kain stokin itu akan menegang (stretch) dan manalah

tahu, terdedah aurat kita ketika itu lalu tidak sahlah solat. Sebaik2nya pakai stokin yg tebal (Ustazah mencadangkan stokin yg lazim dipakai ketika bersukan) ataupun jika

tiada, pakai 2 lapis.

3) Ada kain telekung yg indah bersulam dan berkerawang.

Ada yg berlubang2 sehingga di belakang telekung. Adakalanya, bagi mereka

yg rambut panjang, jika tidak ditutup betul2 dgn serkup/anak telekung,

rambut2 ini akan terkeluar2 di celah2 kerawang telekung. Oleh itu, berhati2lah.

Sama2lah kita berusaha memperbaiki solat kita kerana ia adalah tiang

agama. Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat

kita. Solat yg baik akan melahirkan peribadi yg baik. Saya akui, terasa

agak berat. 

Pengalaman saya, oleh kerana telekung saya agak jarang, saya kini

memakai tudung labuh di dlm telekung setiap kali solat sambil berazam

utk membeli telekung yg lebih baik kualitinya. Walaupun

kadang2 terasa panas ketika solat saya gagahkan juga. Yg penting, saya

mencuba seboleh2nya untuk mendapatkan solat yg diterima Allah, walaupun

dari segi khusyuk solat, saya masih merangkak. Yg penting, kita kena ingat,

inilah sebahagian persediaan kita utk akhirat, jadi biarlah berbaloi.

Jangan pula nanti kita dihisab pula kerana solat yg tak sempurna. Biar susah

sekarang, jgn susah di alam baqa'. 

Sekian saja yg dapat saya kongsi bersama. Sekira2 ada salah dan silap, harap dimaafkan. Segala yg baik itu datang dari Allah s.w.t. dan yg buruk itu dari saya.

Wassalam.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, Sampaikanlah pesanKu

biarpun satu ayat.
.. .. ..