Najib Sahkan Helikopter Terhempas, Serpihan Heli Dijumpai

Kenyataan Perdana Menteri Dato Sri Najib Tun Razak




Berlepas dari Betong 4:12 petang destinasi ke Kuching. Helikopter tersebut dalam perjalanan telah terputus hubungan. 


Pagi tadi, Pasukan mencari dan menyelamat telah pun bergerak. Maklumat telah diterima 9.50 pagi telah MENJUMPAI serpihan-serpihan helikopter RPC 6828 berkenaan.

Sebahagian pintu, dinding pesawat dan beberapa bahan pesawat lain telah dijumpai.
 

Pasukan menyelamat akan berusaha untuk mencari 'main body'.
 

Kawasan adalah bersebelahan dengan Sungai Batang Lupar dan ini akan menyukarkan operasi namun segala usaha aset yang ada akan digunapakai dalam operasi ini.

Helikopter Bawa Timbalan Menteri, MP, Hilang Dari Radar Di Sarawak

 Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman - Foto Bernama



Sebuah helikopter dinaiki enam orang, termasuk seorang timbalan menteri, dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan dari Betong ke Kuching petang tadi.


Borneo Post melaporkan, salah seorang penumpang ialah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan suaminya, serta Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.

Noriah adalah anggota parlimen Sungai Besar manakala Wan Mohammad Khair-il Anuar anggota parlimen Kuala Kangsar.

Turut berada dalam pesawat sama ialah Ketua Pengarah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Sundaran Ann Amalai serta pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri.
Helikopter itu dipandu Kapten Rudolf Rex Raga.

Jabatan Penerbangan Awam (DCA) pula mengesahkan operasi mencari operasi menyelamat telah dilancarkan.

Bernama menyatakan helikopter berkenaan berlepas dari Betong pada jam 4.12 petang dan sepatutnya tiba di Kuching kira-kira jam 5 petang.

Punca Utama Sultan Mizan Zainal Abidin Murka Pada MB Terengganu

 
 MB Terengganu

Sultan Terengganu telah murka, hilang kepercayaan pada Menteri Besar Ahmad Razif sekaligus pentadbiran Putrajaya yang diketuai oleh PM Najib Razak.

Sepatutnya sebahagian dari hasil pembangunan tanah yang telah diperkenankan oleh Sultan Terengganu, seperti yang dipersetujui bersama Menteri Besar Ahmad Razif, disalurkan pada Yayasan yang dinaungi oleh Sultan Terengganu. Tapi selang setahun Yayasan masih belum menerima dana yang dijanjikan. Kebenaran ini berada dalam pengetahuan baginda Sultan apabila pihak Yayasan datang menghadap Sultan bagi mengadu perihal dana Yayasan yang semakin berkurangan.

Menyebabkan baginda Sultan Mizan Zainal Abidin naik murka dan tidak teragak agak menarik balik darjah kebesaran yang telah dianugerahkan pada MB Ahmad Razif dan bertegas akan menukar MB Ahmad Razif.

Isunya sekarang dimana dana itu berada :-
Telah digunakan untuk menutup hutang hutang 1MDB kah.?
Telah menjadi milik peribadi dan telah disimpan diluar negara kah.?
Atau apa dia, mohon pencerahan.?
.. .. ..