......

25 Rasul Yang Wajib Diketahui.

6666


اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ






Sebagaimana kita ketahui, dalam agama Islam terdapat 124,000 nabi, iaitu utusan Allah SWT yang diberi wahyu tapi hanya untuk dirinya sendiri. Sedangkan utusan Allah SWT yang diturunkan kepadanya wahyu dan diperintahkan oleh Allah untuk disebarkan ke orang lain disebut rasul yang jumlahnya ada 313 orang.


Dalam ayat di atas dijelaskan, bahwa rasul-rasul yang pernah diutus oleh Allah SWT adalah mereka dari golongan laki-laki, tidak pernah ada rasul berjenis kelamin perempuan, dan jumlah rasul yang diutus sebelum Nabi Muhammad SAW sebenarnya sangat banyak. Di antara para rasul itu ada yang diceritakan kisahnya di dalam Al-Quran dan ada yang tidak.


عَنْ أَبِى ذَر قَالَ : يَا رَسُوْلَ اللهِ كَمْ عِدَّةُ اْلاَنْبِيَاءِ ؟ قَالَ : مِائَةُ اَلْفٍ وَاَرْبَعَةٌ وَعِشْرُوْنَ اَلْفًااَلرُّسُلُ مِنْ ذَالِكَ ثَلاَثَةُ


مِائَةٍ وَخَمْسَةَ عَشَرَ جَمًّا غَفِيْرًا (رَوَاهُ أَحْمَد)

"Dari Abu Dzar ia berkata: Saya bertanya, wahai Rasulullah : Berapa jumlah para nabi? Beliau menjawab: Jumlah para Nabi sebanyak 124,000 orang dan di antara mereka yang termasuk rasul sebanyak 315 orang suatu jumlah yang besar."
(Hadis Riwayat Ahmad)





Semua rasul disebut nabi, tetapi tidak semua nabi dapat disebut rasul. Sebagai umat Islam, kita diwajibkan untuk mengetahui 25 nabi dan rasul diantara ramai-ramai itu. Diantara 25 rasul tersebut, 5 orang adalah rasul Ulul Azmi. Ulul Azmi adalah gelaran yang diberikan kepada para rasul yang memiliki kedudukan tinggi dan istimewa kerana ketabahan dan kesabaran yang luar biasa dalam menyebarkan agama Islam.


Nabi dan rasul semua adalah lelaki merdeka dan bukan budak. Tidak ada seorang nabi pun dari kalangan wanita. Allah SWT berfirman maksudnya;
 “Kami tiada mengutus rasul-rasul sebelum kamu (Muhammad) melainkan orang laki-laki yang Kami beri wahyu kepada mereka, maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu jika kamu tiada mengetahui.” 

(al-Anbiya: 7)


Dalam ayat yang lain, Allah Subhanahu wata’ala berfirman,
“Kami tidak mengutus sebelum kamu, kecuali orang laki-laki yang Kami berikan wahyu kepadanya di antara penduduk negeri.”

 (Yusuf: 109)







Nabi dan Rasul mempunyai 4 sifat wajib dan 4 sifat mustahil iaitu:

1. Siddiq (benar), Mustahil Kizib (dusta).

2. Amanah (dapat dipercaya), mustahil Khianat.

3. Tabliqh (Menyampaikan wahyu kepada umatnya), Mustahil Kitman (menyembunyikan Wahyu).

4. Fathonah (Cerdik), Mustahil Jahlun (Bodoh).


Berikut ini nama-nama Rasul Allah SWT sebagai tambahan ilmu yang bermanfa’at atau barang kali kita dapat menggunakan salah satu nama dari para rasul tersebut untuk anak kita yang bakal lahir nanti.


1. Adam A.S

2. Idris A.S

3. Nuh A.S

4. Hud A.S

5. Soleh A.S

6. Ibrahim A.S

7. Luth A.S

8. Ismail A.S

9. Ishaq A.S

10. Ya'kub A.S

11. Yusuf A.S

12. Aiyub A.S

13. Syuaib A.S

14. Musa A.S

15. Harun A.S

16. Zulkifli A.S

17. Daud A.S

18. Sulaiman A.S

19. Ilyas A.S

20. Ilyasa’ A.S

21. Yunus A.S

22. Zakariya A.S

23. Yahya A.S

24. Isa A.S

25. Muhammad S.A.W





Related Posts

Previous
Next Post »
.. .. ..