......

Rukun Islam Yang Wajib Umatnya Tahu

6666


Erti daripada Islam secara bahasa adalah taat dan secara hukum syara' adalah ta'at kepada hukum - hukum syara’ atau dikenali juga sebagai hukum - hukum Allah S.W.T. Rukun - rukun yang wajib kita laksanakan adalah seperti berikut :


1. Mengucap dua kalimah syahadah.

Bacaan dua kalimah syahadah :



Ertinya: “Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.”

Jadi, dua kalimah syahadah adalah bacaan pengakuan terhadap dua perkara. Pertama, pengakuan bahawa hanya Allah SWT saja yang wajib kita sembah dan kita taati. Kedua, pengakuan bahawa Nabi Muhammad SAW adalah seorang Nabi dan Rasul yang diutus oleh Allah SAW kepada umatnya.


2. Mendirikan Solat 5 Waktu.


Rukun Islam yang kedua adalah mendirikan solat 5 waktu. Ertinya, solat 5 waktu iaitu subuh, zuhur, asar, maghrib dan isya’  wajib kita lakukan setiap hari. Mengenai cara pelaksanaan solat wajib 5 waktu ini sudah banyak dijelaskan oleh para ulama dalam kitab-kitabnya. Sabda Rasulullah S.A.W :




 Ertinya: “Solatlah kamu sebagaima kamu lihat aku bersolat.”
(Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad)


Sabda Rasulullah S.A.W lagi : “Sesungguhnya perkara pertama yang akan disoal ada seorang hamba pada hari akhirat adalah tentang solatnya.”
(Riwayat Abu Daud)


3. Membayar Zakat.

Rukun Islam yang ketiga adalah membayar zakat. Begitu pentingnya zakat dalam Islam, perintah zakat sering diiringkan dengan perintah solat dalam Al-Quran. Misalnya dalam surat Albaqarah ayat 43:




Ertinya: “Dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan rukuklah beserta orang-orang yang rukuk.”

Secara umum, zakat terbagi menjadi dua jenis iaitu zakat fitrah dan zakat harta. Zakat fitrah adalah zakat yang wajib dikeluarkan oleh setiap manusia setahun sekali di bulan Ramadhan hingga sebelum solat eid. Kadar dan jenis zakat ini tertentu dan terdapat perbezaan pendapat di antara para ulama.
Sedangkan zakat harta adalah zakat yang wajib dikeluarkan kerana kepemilikan atas harta tertentu. Zakat harta hanya wajib dibayar jika sudah sampai nisab dan sudah sampai haul. Zakat harta ada beberapa macam iaitu zakat emas dan perak, zakat perniagaan, zakat haiwan dan zakat pertanian.


4. Berpuasa di Bulan Ramadhan

Seluruh umat islam diwajibkan berpuasa pada Bulan Ramadhan selama  sebulan atau kebiasaan 30 hari.  kecuali bagi yang uzur syar’i. Jika kita meninggalkan puasa Ramadhan baik kerana uzur syar’i atau sengaja, maka kita wajib mengqadha’ (menggantikan) di lain waktu. Begitu juga bagi wanita yang melahirkan anak dan menyusukan anak.

Dalil wajibnya melakukan puasa Ramadhan adalah sebagai berikut:





“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (QS. Al Baqarah : 183)


5. Menunaikan Haji bagi yang mampu.


Ibadah haji hanya diwajibkan satu kali seumur hidup. Kewajiban ini pun tidak berlaku untuk semua. Kewajiban haji hanya bagi orang-orang yang mampu. Orang yang memiliki harta yang cukup untuk perjalanan haji, memiliki kesihatan yang baik dan memiliki harta untuk keluarga yang ditinggalkan, maka orang tersebut sudah wajib melakukan haji.

Related Posts

Previous
Next Post »
.. .. ..