......

Cara Solat Taubat yang Ringkas

6666
Cara Solat Taubat

Bismillahirahmanirahim.  Alhamdulillah, kita diberi kesempatan untuk kembali pada Allah. Marilah kita memohon ampun dengan cara solat taubat yang mudah dan ringkas.

Syukur yang tidak terhingga dipanjatkan ke hadrat Ilahi dengan kasih dan sayang-NYA masih diberi kesempatan untuk kembali kepada-NYA dalam bentuk keinsafan dan taubat kepada-NYA. Sungguh peluang ini dirayu oleh setiap penghuni kubur pada setiap saat yang kita semestinya sudah sedia maklum tidak ada taubat sesudah nyawa sampai ke halkum dan kita benar-benar kembali kepada-NYA dalam bentuk kematian.

Setiap insan melakukan dosa dan kemudian menyesali perbuatan itu dan ingin kembali semula ke jalan Allah, bersegeralah mengambil wuduk dan dirikan solat sunat taubat serta mohon keampunan dari Allah S.W.T. Berikut merupakan panduan melaksanakan solat sunat taubat yang ringkas dan mudah dilakukan, In Syaa Allah.

1. Niat solat sunat taubat.



 2. Membaca surah Al-Fatihah dan membaca surah-surah seperti dibawah:
   Rakaat pertama:   Surah Al-Kafirun
   Rakaat kedua:   Surah Al-Ikhlas

3. Semasa  sujud terakhir pada rakaat kedua (sebelum duduk Tahiyyat Akhir)   iaitu selepas membaca tasbih biasa, bacalah Tasbih berikut 40 kali:



Tiada tuhan melainkan Dikau(ALLAH) Maha Suci Dikau!Sesungguhnya daku ini termasuk daripada golongan yang aniaya (zalim).

4. Setelah memberi salam hendaklah memperbanyakkan beristighfar :

a. Bacalah istighfar berikut sebanyak 10 atau 100 kali:


Daku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus dan daku bertaubat kepada-Nya.

b.  Sambung baca Istighfar Tauhid berikut sebanyak 10 atau 100 kali:


Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.

c.  Kemudian bacalah Penghulu Istighfar sebanyak 3 kali:



Ya Allah! Dikaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Dikau; Dikau yang menciptakan daku dan daku adalah hamba-Mu. Dan sedaya mampuku, daku berpegang dengan janji dan sumpah setiaku terhadap-Mu. Daku memohon perlindungan-Mu daripada segala kejahatan yang telah dilakukan; Daku mengakui akan segala nikmat yang Dikau berikan kepadaku dan daku mengakui akan dosa-dosaku. Maka ampunilah daku kerana tiada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Dikau.
  

5. Baca Doa Taubat.


Daku memohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus.
Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tidak berdaya untuk menolak mudharat atau berbuat manfaat dan tidak mampu mematikan atau menghidupkan mahupun membangkitkan (di Padang Mahsyar kelak).
Daku mohon perlindungan-Mu daripada dosa, kemalasan, dugaan kubur dan seksanya. Daku mohon perlindungan-Mu daripada segala kesalahan dan hukuman.
Ya Allah! Bersihkanlah diriku daripada dosa-dosa sebagaimana kain putih dibersihkan daripada kekotoran. Ya Allah! Sesungguhnya daku bertaubat kepada-Mu di atas segala dosaku, dan daku berjanji tidak akan mengulanginya.
Ya Allah! Pengampunan-Mu adalah lebih luas daripada dosa-dosaku dan pengampunan-Mu terhadapku adalah lebih tertunai daripada amalan baikku. Ya Allah! Sesungguhnya daku telah banyak sekali menganiaya diriku sendiri, tiada yang dapat mengampuni dosaku itu kecuali Dikau; Maka berikanlah daku keampunan-Mu, kasihanilah daku. 
Ya Allah, Ya Tuhanku! Terimalah taubatku, suci bersihkanlah segala dosaku dan kabulkanlah permohonanku. Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Related Posts

Previous
Next Post »
.. .. ..