......

Fadilat solat sunat Tahajjud

6666
  SOLAT TAHAJJUD BUKAN SUSAH, SENANG JA…


JOM BUAT SOLAT TAHAJJUD 


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

Assalamualaikum semua, hari ini Aisyah nak kongsi pada sahabat-sahabat tentang cara-cara sembahyang solat sunat Tahajjud yang ringkas dan betul. Tak susah, senang ja. Banyak fadilat @ kelebihan dengan mengamalkan solat Tahajjud walau dilakukan hanya 2 rakaat setiap hari.



            Fadilat solat sunat Tahajjud:
  • Menjadi kesayangan Allah Taala
  •  Doa mudah dimakbulkan Allah
  • Memperoleh ketenangan hati & jiwa
  • Mudah mendapat pertolongan dan rahmat Allah
  •  Mengelakkan dari mudah diganggu syaitan dan perbuatan orang
  • Dapat menghindarkan diri daripada banyak jenis penyakit
  •  Mudah mendapat ilmu yang bermanfaat
  • Mudah mendapat rezeki
  •  Dapat sesuatu yang istimewa yang tidak dijangkakan
  • Mendapat kemuliaan Allah dan orang sekeliling
  •  Meningkatkan martabat disisi Allah Taala
  • Mudah dihitung amalan di akhirat
  • Mudah melintasi titian Siratul-Mustaqim.

 Pengertian solat sunat Tahajjud:

Bahasa: Meninggalkan tidur
Syarak: Sembahyang sunat yang dilakukan sewaktu terjaga dari tidur dan dilakukan pada waktu malam.

Oleh itu, solat sunat Tahajjud boleh dikatakan sebagai solat sunat yang menambah nilai ibadat kita, memohon keampunan & rasa rendah diri sebagai hamba Allah, tanda kesyukuran, serta mudah untuk mendapatkan kekuatan jiwa dan ketenangan hidup. Waktu mendirikan solat Tahajjud ialah secara ringkasnya pada waktu malam selepas Isya’, seeloknya pada malam yang sunyi sepi dalam pukul 2.00 hingga 4.00 pagi (1/3 malam). Aisyah selalu solat antara pukul 3.30-4.00 pagi (sebab kerap terjaga sendiri pada waktu tu). Jumlah rakaat solat Tahajjud pula paling sedikit 2 rakaat, seterusnya 4,6, 8, 12 dan boleh buat beberapa rakaat pun tanpa ada batasan tertentu dan dilakukan secara sendirian. Terdapat satu daripada sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:
" Sesiapa yang (berniat) akan mengerjakan solat malam, lalu tertidur, Allah pasti menulis untuknya pahala solat malam dan tidurnya merupakan sedekah untuknya ". (HR Imam al-Nasa’i dalam Sunannya, Kitab Qiyam al-Lail, no: 1763).





editor: @isyah 

Related Posts

Previous
Next Post »
.. .. ..