......

9 Tempat Menarik Di Selangor & Kuala Lumpur

6666
1. Hutan Lipur Kanching, Rawang




Jika anda ingin mengalami keseronokan dan kesejukan bermain air terjun tropika berdekatan Kuala Lumpur, silalah ke air terjun Kanching berhampiran Rawang (30 minit memandu dari KL).
Salah satu tempat rekreasi utama keluarga dan pencinta alam semula jadi, air terjun 7 tingkat ini sebenarnya merupakan sebahagian dari Hutan Lipur Kanching seluas 47 hektar.
2. Royal Pewter

Kilang Pewter Diraja Selangor (Royal Selangor Pewter), iaitu pengeluar barangan pewter terbesar di dunia terletak hanya 8 km dari Kuala Lumpur, atau kira-kira setengah jam dari bandar.
Pengunjung ke kilang ini akan belajar tentang sejarah syarikat, melihat pelbagai kraf berasaskan pewter di muzium persendirian kilang ini dan didedahkan kepada proses pembuatan barangan pewter. Pelawat akan melihat proses penggilapan, pematerian, mengetuk dan mengukir pewter hinggalah kepada proses pembuatan barang kemas mewah yang berjenama.
3. Cruise Tasik Putrajaya

Cruise Tasik Putrajaya popular di kalangan pelancong dari luar Lembah Kelang ini memberi anda peluang melihat keindahan kota Putrajaya dengan merentasi tasik buatan manusia. Pastinya akan memberi pengalaman sempurna yang dinantikan anda.
Tempoh cruise anda bergantung kepada pakej yang dibeli. Pakej untuk perahu adalah yang paling murah dan berdurasi 20 minit manakala pakej makan malam di dalam bot Catamaran yang berhawa dingin dan mewah berdurasi selama 1 ke 2 jam.
4. Petrosains, KLCC

Petrosains merupakan sebuah muzium interaktif kanak-kanak yang terbesar dan paling dikunjungi di negara ini. Mula dari terowong masa, sejarah tentang petronas, dinosour, peralatan dan replika demo yang berkaitan dengan sains. Anda dan anak anda boleh bermain dengan pelbagai butang dan tuil — dari tempat kendalian pelantar minyak, simulator helikopter hinggalah duduk di dalam kokpit kereta perlumbaan Formula 1, semuanya di bawah satu bumbung. Anda pasti tidak bosan dengan permainan interaktif yang mencabar minda lagi menyeronokkan.
5. Kidzania, KL

KidZania Kuala Lumpur adalah tempat di mana anak-anak anda boleh mengalami pengalaman mempunyai kerjaya seperti orang dewasa. Kanak-kanak di sini akan memainkan peranan seolah-olah mereka adalah seorang pakar bedah, ahli bomba, wartawan, juruterbang, model, doktor, pelukis atau juga seorang pelakon untuk sehari.
Mereka akan berada di sebuah bandar kecil lengkap dengan hospital, balai bomba, salon kecantikan, bank, stesen radio, studio TV dan teater dan banyak di KidZania Kuala Lumpur. Wang yang diterima dalam bentuk matawang KidZania (dipanggil kidZos), boleh disimpan ke dalam akaun bank atau dibelanjakan di mana-mana kedai di dalam KidZania. Pendedahan seperti ini sangat digalakkan bagi memupuk minat dalam bidang yang mereka ceburi nanti!
6. Muzium Coklat

Trletak di Kota Damansara, muzium coklat pastinya menarik perhatian pengunjung yang obses dengan coklat. Luangkan hujung minggu anda dengan keluarga tercinta sambil menikmati variasi coklat dengan harga yang rendah. Pada akhir lawatan, anda boleh membeli-belah coklat kegemaran anda seperti Fidani, Danson dan Milton serta jenama antarabangsa terkenal seperti Ferrero dan Hershey di kedai runcit muzium.
Di sini, anda boleh melihat demonstrasi secara langsung cara-cara pembuatan coklat buatan tangan serta mempelajari bagaimana imej dicetak ke coklat, kek dan biskut di dapur coklat.
7. Asian Watersport Village

Asian Watersports Village (45 minit memandu dari Kuala Lumpur) adalah tempat untuk untuk anda lari dari rutin harian dengan aktiviti sukan lasak di tasik buatan manusia bersama rakan-rakan dan keluarga anda.
Taman tema air bermotor pertama di Malaysia dengan perkampungan di tepi tasik ini menawarkan akses kepada sukan air bermotor yang mendebarkan seperti bot pisang, sukan air tidak bermotor seperti berkayak serta ‘pantai’ persendirian untuk anda berkelah dan berbarbeque.
8. Farm In The City

Jika zoo kebanyakannya hanya memperlihatkan haiwan liar dalam sangkar, Farm In The City di Seri Kembangan ini pula adalah separa tempat pemuliharaan haiwan dan separa zoo boleh sentuh.
Dibuat seakan-akan seperti sebuah kampung, haiwan dibiarkan berkeliaran di sini dan anak-anak anda boleh menyentuh, membelai dan memberi makan haiwan-haiwan ini. Selain kawasan petting-zoo, terdapat juga kebun buah dan kawasan haiwan lain seperti burung, arnab, kura-kura dan musang.
9.Muzium Mata Wang

Jangan lepaskan peluang mengunjungi Muzium Matawang Bank Negara Malaysia (BNM) di bangunan Sasana Kijang di Jalan Dato' Onn, KL.
Muzium ini menempatkan koleksi awal mata wang dari Kesultanan Melayu, wang cengkerang dan replika jongkong dalam bentuk haiwan dan serangga yang dahulunya digunakan sebagai duit syiling dalam abad ke-16.Muzium yang mempunyai 6 galeri ini juga memuatkan sebuah galeri seni yang mempamerkan koleksi seni yang dipunyai oleh Bank Negara.

Related Posts

Previous
Next Post »
.. .. ..