......

7 Fakta Menarik Tentang Otak Manusia

6666

7 Fakta Menarik Tentang Otak Manusia


Tahukah korang yang otak manusia ni merupakan bahagian tubuh yang rumit dan paling unik yang mana sehingga hari ini masih banyak yang kita tidak faham mengenainya. Tanpa otak bahagian tubuh tidak dapat menjalankan sistem dalam tubuh badan kita dengan baik.

Jadi disini Aisya ingin berkongsi 7 Fakta menarik mengenai otak manusia:



1. Otak manusia adalah lebih cepat dan berkuasa daripada superkomputer.

Apabila korang melihat sesuatu yang bahaya, otak korang berupaya untuk bertindak balas dengan apa yang dilihat dalam masa beberapa saat sahaja. Menakjubkan kan. Time tu tak de pulak komputer atau cip mana-mana beri arahan kat korang. Ini adalah satu tindakan refleks apabila otak bertindak memuat turun, memproses dan seterusnya bertindak balas dengan apa yang berlaku. Otak akan mengakses isyarat yang datang dari deria seperti mata, telinga, hidung, lidah dan sentuhan pada kelajuan yang menakjubkan untuk kita bertindak balas dengan sesuatu keadaan.



2. Otak manusia boleh menjana kuasa elektrik cukup untuk kuasa lampu mentol berkuasa watt.

Otak manusia mengandungi kira-kira 100 billion sel-sel mikroskopik yang dipanggil neuron. Setiap kali korang dibuai mimpi, berfikir, atau bergerak, ia adalah disebabkan oleh isyarat elektrik dan kimia berlumba-lumba antara neuron di dalam otak bersama-sama dengan berbillion laluan neuron kecil. Ini yang membuatkan aktiviti dalam otak kita ni tidak pernah berhenti walaupun kita tidur. Bayangkan neuron tunggal boleh menjana sejumlah kecil elektrik, dan apabila digabungkan dengan berbillion neuron dalam otak kita ni, ia boleh menghasilkan tenaga yang cukup untuk kuasa lampu mentol berkuasa watt.



3. Sel neuron menghantar maklumat ke otak korang lebih daripada 240kmph

Sel neuron dalam otak kita sebenarnya boleh menyampaikan maklumat pada kelajuan lebih daripada 240kmph. Laju kan. Otak korang ini kemudiaannya akan menggunakan neuron motor untuk menghantar mesej kembali pada mana-mana saraf pergerakan untuk bertindak hasil daripada pemprosesan maklumat tersebut.



4. Apabila korang belajar, korang sebenarnya menukar stuktur otak korang.

Bagaimana? Sebagai contoh, ingat tak macam mana perasaan dan pemikiran korang bila nak belajar tunggang basikal? Sebenarnya pada ketika itu, otak telah menghantar mesej ‘menunggang basikal’ si sepanjang laluan neuron. Malah ia dibentuk bersambungan baru setiap kali anda belajar sesuatu yang baru. Secara tidak langsung struktur otak kita boleh berubah pada bila-bila masa setiap kali kita mempelajari sesuatu yang baru.



5. Senaman membantu membuatkan otak korang lebih bijak

Para saintis mendapati bahawa apabila seseorang manusia itu melakukan senaman, ia dapat menjadikan otak anda lebih cepat berfikir. Ini adalah kerana tubuh badan anda pada ketika itu menghasilkan bahan kimia yang membuatkan otak anda lebih bersedia untuk belajar. Jadi tidak hairan sekiranya anda mengalami masalah dan kemudian keluar berlari seketika, dan tiba-tiba anda dapat menyelesaikan masalah tersebut, ia menunjukkan bahawa aktiviti senaman atau riadah dapat membantu otak untuk memproses maklumat dengan lebih bijak.



6. Otak manusia sebenarnya lebih aktif pada waktu malam

Mungkin korang sering beranggapan bahawa otak kita ni lebih aktif pada waktu siang. Sebab ye la kan, waktu siang kan time tu kita bekerja. Tubuh badan pulak waktu siang lah paling aktif. Ha akan tetapi faktanya adalah otak kita lebih aktif semasa kita ni tidur yakni pada waktu malam.



7. Otak manusia memerlukan jumlah oksigen yang besar

Walaupun saiz normal otak manusia adalah hanyalah 2% sahaja daripada keseluruhan berat tubuh badan seseorang manusia itu. Namun, hakikatnya otak kita ni memerlukan kira-kira 20% jumlah oksigen dan kalori yang diperlukan tubuh bagi menjalankan keseluruhan sistemnya.

editor:@isyah


Related Posts

Previous
Next Post »
.. .. ..