......

10 Tempat Menarik di Langkawi

6666
10 Tarikan Pulau Langkawi

Pulau Langkawi memang terkenal sebagai pusat pelancongan yang terdapat di Malaysia dan merupakan destinasi pelancongan yang terbaik bagi warganegara Malaysia. Biasanya kalau buat bucket list nak pergi bercuti, mesti Langkawi ini antara yang ada dalam senarai. Kalau kita baca kat mana-mana artikel pun, kat Langkawi ini banyak produk yang dapat menarik hati selain daripada akses yang mudah dan menyeronokkan. Jadi entry kali ini, Aisyah nak kongsikan antara tarikan-tarikan yang menjadikan Langkawi jadi destinasi pilihan terutamanya student-student, backpackers, or kat suami isteri yang nak pergi honeymoon tu. Antara 10 tarikan yang boleh kita dapati kat Pulau Langkawi ni adalah seperti:


1. KILIM GEOFOREST PARK
Kalau sape-sape kat sana yang jenis suka tengok spesis-spesis yang terancam or adventurous/curious boleh la melawat kat Kilim Geoforest Park ni. Ia merupakan antara salah satu tapak Geopark di Langkawi ni mendapat pengiktirafan daripada UNESCO dan merupakan tapak Geopark yang pertama di Asia Tenggara. Kalau anda melawat kat sini, anda boleh melihat dan meninjau keadaan kualiti persekitaran yang berunsurkan ekosistem semulajadi atau senang cakap eko-pelancongan. Kilim Geoforest Park mempunyai landskap batu kapur yang unik dan antara yang tercantik di dunia hasil daripada proses hakisan serta cuaca. Anda juga boleh melakukan aktiviti seperti meneroka huta paya bakau, menyusuri lorong/terowong pembentukan bukit batu kapur, gua yang tersembunyi dan tumbuhan yang unik. Dan lagi satu ada aktiviti Eagle Feeding iaitu Aktiviti anda boleh memberi makan dan melihat sendiri helang menyambar makanan di suatu kawasan khas. Dalam kata lain, anda bukan pergi melancong kosong je, anda juga dapat menambahkan pengetahuan serta pengalaman.










2.  CABLE CAR
Panorama dan pemandangan yang indah apabila anda menaiki cable car ni semestinya tak boleh dilepaskan. Cable car ni dibuat bagi memudahkan pelancong untuk naik ke puncak gunung yang tingginya 713 meter bagi melihat panorama Pulau Langkawi. Kalau anda berkesampatan naik cable car anda boleh menikmati pemandangan seperti hutan Langkawi, air terjun Telaga Tujuh dan laut biru kehijauan dari cable car.








3. MAKAM MAHSURI
Kalau pergi Pulau Langkawi tak sah rasanya pergi Makam Mahsuri. Muzium Makan Mahsuri ni antara salah satu tarikan kat Pulau Langkawi sebab kat tempat lain tak de Mahsuri. Hahaha. Jadi makan mahsuri ini diwujudkan bagi menghidupkan semula budaya dan mitos Langkawi.







4. MUZIUM LAMAN PADI
Ini merupakan salah satu produk pelancongan yang ada di Pulau Langkawi ni bagi menarik terutamanya pelancong luar negara. Muzium Laman Padi yang mengetengahkan budaya dan tamadun masyarakat Melayu melalui aktiviti penanaman padi ini berkeluasan 14.28 ekar yang mana merangkumi kawasan pertanian seluas 8.60 ekar yang berkonsepkan alam semulajadi perkampungan. Di dalam muzium ini terdapatnya Galeri Warisan, Galeri Padi, Taman Herba dan juga Laman Variasi bagi menambahkan pengalaman dan pengetahuan mengenai aktiviti penanaman padi.Kat sini juga, pengunjung boleh merasai sendiri kehidupan seorang petani disamping menghayati kehijauan sawah padi.  Pengunjung boleh melakukan aktiviti-aktiviti persawahan sebagaimana dilakukan oleh petani dalam kehidupan harian mereka.







5. MUZIUM 3D
Yang ni untuk siapa yang suka bergambar, jangan lepaskan peluang berkunjung ke Muzium 3D ni. Muzium 3D Art in Paradise ini baru je dibuka tahun lepas. Ia menjadi satu lagi tarikan di Pulau Langkawi bila sampai kat sana. Muzium 3D ini adalah muzium yang kedua terbesar di dunia. Ia dikatakan berharga kira-kira RM17 juta dengan mempunyai lebih 200 gambar 3D.  







6. UNDERWATER WORLD 
Underwater World Langkawi juga antara tarikan yang terdapat di Pulau Langkawi sekiranya anda ke sana. Ia merupakan akuaria yang menempatkan hidupan laut dan air tawar yang paling besar di Asia Tenggara dengan lebih 500,000 liter air laut di dalam akuaria. Kat sini kita boleh lihat pelbagai spesis dari kecil sampailah besar. Maaf kalau tanya ikan paus memang tak de la kat sini. Selain spesis-spesis ikan, rasa macam nak fefeeling duk kutub utara, kat sini gak anda boleh melihat seperti haiwan seperti Rockhopper Penguin, African Penguin dan Singa Laut. Ia amatlah sesuai untuk jadikan destinasi pilihan keluarga terutamanya yang ada anak-anak kecil tu.






7. PANTAI CHENANG
Pantai Chenang juga antara salah satu tarikan yang ada kat Pulau Langkawi ni. Banyak lagi pantai yang ada kat Langkawi ni sebenarnya. Tapi Pantai Chenang antara yang paling popular dilawati dalam kalangan pelancong asing. Hal ini disebabkan oleh disekitar pantai ini dilengkapi dan dekat dengan aneka pilihan tempat makan, membeli-belah, hiburan dan penginapan selain menjadi pantai awam untuk hiburan seisi keluarga yang datang ke sini.








8. TASIK DAYANG BUNTING
Tasik Dayang Bunting juga merupakan destinasi yang sering dikunjungi oleh pengunjung selain daripada banyak aktiviti yang dilakukan kat sini. Antara aktiviti yang dilakukan adalah mandi kat dalam tasik ni sambil menikmati keindahan bukit-bukau dan suasana menghijau. Antara aktiviti lain yang menarik boleh anda buat kat sini juga eagle feeding, jungle trekking, main basikal air dan banyak lagi.









9. PEKAN KUAH
Satu lagi tarikan kat Pulau Langkawi ini juga adalah tempat untuk bershopping bagi yang kaki shopping. Ini kerana, Pulau Langkawi merupakan pulau bebas cukai, so harga barangan disini lebih rendah berbanding di tempat lain. Jadi, boleh la nak borong pelbagai jenis barangan kat sini macam coklat, pinggan mangkuk, periuk belanga, beg, kasut dan macam-macam lagi. Antara tempat membeli belah yang selalu menjadi pilihan pengunjung yang terletak di Pekan Kuah adalah Idaman Suri, Langkawi Saga, dan Haji Ismail Group.







10. KILANG GAMAT
Kilang gamat yang terdapat di Pulau Langkawi juga antara menjadi salah satu produk pelancongan yang menarik. Kalau pergi Langkawi jer la, mesti nyer ada yang pesan suruh belikan minyak gamat buat stok ubat kat rumah. Di Langkawi ni, terdapat dua kilang gamat yang terkenal iaitu Kilang Gamat Warisan dan Kilang Gamat Nusantara. Anda boleh tengok sendiri proses pembuatan gamat kat kilang-kilang ni selain borong terus produk gamat kat situ dengan harga yang berpatutan.



(editor:@isyah)


Related Posts

Previous
Next Post »
.. .. ..