......

10 Golongan Manusia yang diusir dari Padang Mahsyar

6666
10 Golongan Manusia yang diusir dari Padang Mahsyar

Bismillahirrahmanirrahim
Assamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh



Tajuk entry kali ni seriously memang rasa gerun and cuak sebab hidup kita kat dunia tak tahu lagi macam mana berakhir, pastu apabila semuanya dibangkitkan dari padang mahsyar kelak pun tak tahu macam mana keadaan kita. Kalau kita buat amal baik seperti yang disyariatkan oleh Allah, In Sha Allah kita dibangkitkan dalam keadaan yang baik. Jadi, sebenarnya keadaan kita dibangkitkan di padang mahsyar nanti based on apa yang kita amalkan sepanjang kita hidup kat dunia ni. So, diharapkan info yang Aisyah dapat dan ingin kongsikan bersama ni dapat dijadikan pedoman kepada kita agar sentiasa berjaga-jaga dengan setiap perkara yang kita lakukan agar di Padang Mahsyar kelak kita tidak tergolong antara 10 golongan manusia yang akan diusir Allah dari padang mahsyar kelak. Na’uzubillahiminzalik.


1. Mereka diusir berupa kera
Mereka ini adalah golongan manusia semasa di dunia suka mengadu domba.



2. Mereka diusir berupa babi
Golongan manusia yang suka makan barang yang haram.



3. Mereka yang dihalau dalam keadaan yang terbalik iaitu kakinya di atas dan kepalanya di bawah
Mereka ini merupakan golongan yang suka berdusta atau tidak menepati janji.




4. Mereka yang dihalau dalam keadaan bisu dan pekak serta tidak berakal
Adalah terdiri daripada golongan manusia yang riak, bangga diri dan sombong.




5. Mereka yang diusir dalam keadaan mengunyah lidah sendiri sedangkan lidahnya itu menjulur ke bawah sampai ke dadanya dan dari mulutnya itu keluar nanah yang menjijikkan
Ini adalah golongan manusia yang terdiri daripada ahli pidato yang mana ucapannya berlainan dengan tingkah lakunya.





6. Mereka yang dihalau dalam keadaan tersalib di pohon kurma dari neraka
Ini merupakan golongan manusia yang semasa hidupnya berusaha mengajak orang ramai untuk menyokong pemimpin yang tidak jujur.




7. Mereka yang diusir dalam keadaan terpotong tangan dan kakinya
Mereka ini ialah orang yang mengganggu jiran tetangganya semasa hidupnya.





8. Mereka dihalau dalam keadaan buta
Mereka ini adalah dari golongan manusia yang curang dalam menetapkan hukum-hakam.



9. Mereka dihalau keadaan busuknya lebih busuk daripada bau bangkai
Mereka ini pula ialah orang yang gemar melepaskan nafsu syahwatnya dan menolak perkara wajib seperti solat, puasa, zakat, tidak menjalankan kerja dakwah dan sebagainya.





10. Mereka dikumpulkan dalam keadaan memakai pakaian besi yang panas
Golongan manusia yang terdiri daripada mereka yang mensyirikkan Allah.




Berdasarkan perkongsian tadi, marilah sama-samalah kita bermuhasabah diri kita kembali sama ada kita tergolong dalam golongan yang telah disenaraikan di atas. Sekiranya ada, marilah sama-sama kita bertaubat dan membuang sifat-sifat buruk tu agar kelak kita tidak dibangkitkan dalam keadaan yang keji disisi Allah S.W.T.

(editor:@isyah)

Related Posts

Previous
Next Post »
.. .. ..