Kalender Cuti Umum dan Cuti Sekolah 2016

Berikut adalah kalender cuti umum dan cuti sekolah bagi tahun 2016.

Semoga Kalender Cuti Umum dan Cuti Sekolah 2016 ini dapat membantu anda membuat perancangan untuk percutian keluarga.


kalender cuti umum dan cuti sekolah 2016


 Kalender Cuti Umum 2016






Kalender Cuti Sekolah 2016 

Berikut adalah jadual cuti sekolah untuk sessi persekolahan 2016.


http://resepicheff.blogspot.my/

Panduan Solat Hajat Ringkas Dan Mudah Beserta Doa.

Solat Hajat Ringkas

Hajat dan doa adalah dua perkara yang sepatutnya tidak dipisahkan dalam kehidupan kita.Ini adalah kerana hajat berhajatkan doa, dan doa adalah perantaraan ampuh antara kita dengan Allah. Apatah lagi jika waktu yang kita pohon ini merupakan mustajab doa di mana kita diangkat terus ke langit tanpa perantara! Sungguh bertuah jika kita digolongkan dalam kumpulan itu.

Analoginya mudah,jika kita berkehendakkan sesuatu dari seseorang, kita akan minta pertolongan atau bercakap terus dengan dia agar dia dapat menghulurkan pertolongan. Itu adalah suatu yang mudah dan kita nampak. Bagaimana pula dengan perkara lagi besar yang kita tidak nampak jalannya seperti mendoakan kesembuhan kedua ibu bapa kita? Tentulah perkara ini berhajatkan kepada kuasa lagi besar!

Oleh itu, adalah menjadi kewajipan kepada setiap muslim itu untuk meminta pertolongan dari Allah S.W.T dan bukan kepada benda lain semata. Ringkasan ini membawa kita kepada cara paling ampuh sekali iaitu solat hajat.

Bagaimana untuk lakukan solat hajat ringkas dan mudah ini. Anda boleh membacanya di bawah. 

1. Lafaz niat.


2. Baca Surah Al-Fatihah (Rakaat 1 & 2)

3. Rakaat 1: Surah Al Kafirun ATAU Ayat Kursi (1 kali atau 11 kali)



4. Rakaat 2: Surah Al Ikhlas (1 kali atau 11 kali)




5. Membaca tasbih

Sebaik sahaja selesai solat (sesudah memberi salam), terus sujud sekali lagi dan bacalah tasbih ini 41 kali: 



ATAU




6. Wirid selepas solat hajat.

Sesudah selesai menunaikan solat sunat Hajat, wiridkanlah kalimat-kalimat berikut:
.
       a. Istighfar (10 atau 100 kali)




Daku memohon ampun kepada Allah, Tuhanku, daripada segala dosa dan daku bertaubat kepada-Nya.
.
      b. Zikir

Tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad utusan Allah.


   c.  Selawat (10 atau 100 kali)


Ya Allah! Sejahterakanlah ke atas penghulu kami Nabi Muhamad SAW dan ke atas ahli keluarga penghulu kami Muhamad SAW.


7. Doa solat hajat.

Teruslah memohon hajat yang dikehendaki sewaktu masih bersujud. Kemudian duduk semula dan bacalah doa berikut:



Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah SWT atau kepada seorang manusia, maka hendaklah ia berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian dia bersolat dua raka’at.”                (Riwayat At-Tarmizi)

Rukun Iman Dan Penjelasannya



Sebagai umat Islam kita wajib beriman dengan 6 rukun iman ini yang menjadi pokok atau asas kepada aqidah yang kita pegang selama ini. Iman dalam bahasa arab bermaksud ‘membenarkan’ atau ‘sesuatu kepercayaan yang kukuh’. Daripada istilah bahasa Iman ialah membenarkan sesuatu secara pasti dan tidak menerima perubahan atau pembatalan dengan disertai kepatuhan yang sempurna padanya.  Perkataan Iman berasal daripada kata akar 'al-Amn' yang bermaksud aman damai tanpa rasa takut. Daripada kalimah ini, lahirlah perkataan al-Iman yang membawa erti mengiktiraf dan membenarkan. 

Terdapat 6 perkara dalam rukun iman, iaitu;


1. Beriman Kepada Allah S.W.T

Kita mengimani Tauhid Rububiyah Allah S.W.T ertinya bahwa Allah adalah Rabb iaitu pencipta, penguasa dan pengatur segala yang ada di alam semesta ini. Kita juga harus mengimani Tauhid Uluhiyah Allah S.W.T ertinya Allah adalah Ilaah (sembahan) Yang hak, sedang segala sembahan selain-Nya adalah batil. Keimanan kita kepada Allah belumlah lengkap kalau tidak mengimani Asma’ (nama-namaNYA) dan SifatNya, ertinya bahawa Allah memiliki nama-nama yang maha Indah serta sifat-sifat yang maha sempurna dan maha luhur.  

Firman Allah yang bermaksud: “(Dia adalah) Tuhan seluruh langit dan bumi serta semua yang ada di antara keduanya. Maka sembahlah Dia dan berteguh hatilah dalam beridat kepada-Nya. Adakah kamu mengetahui ada sesuatu yang sama dengan-Nya (yang patut disembah)?." (QS. Maryam: 65)

Firman Allah lagi yang bermaksud: “Tiada sesuatupun yang serupa dengan-Nya. Dan Dia-lah yang maha mendengar lagi Maha melihat”. (QS. Asy-Syura:11)


2. Beriman Kepada Malaikat

Beriman kepada para malaikat Allah yakni dengan meyakini kebenaran adanya para malaikat.
Sebagaimana firman-Nya, yang bermaksud: ”Sebenarnya (malaikat-malaikat itu) adalah hamba-hamba yang dimuliakan, tidak pernah mereka itu mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintah-Nya.” (QS. Al-anbiya: 26-27)

Mereka diciptakan Allah untuk beribadah dan mematuhi segala perintah-Nya. Firman Allah, ertinya: “Dan malaikat-malaikat yang disisi-Nya mereka tidak bersikap angkuh untuk beribadah kepada-Nya dan tiada (pula) merasa letih. Mereka selalu bertasbih malam dan siang tiada henti-hentinya. “
 (QS. Al-Anbiya: 19-20).


3. Beriman Kepada Kitab

Kita percaya bahawa Allah telah menurunkan kepada rasul-rasul-Nya kitab-kitab sebagai hujah buat umat manusia dan sebagai pedoman hidup bagi orang-orang yang mengamalkannya, dengan kitab-kitab itulah para rasul mengajarkan kepada umatnya kebenaran dan kebersihan jiwa mereka dari kemusyrikan.

Firman Allah: “Sungguh, kami telah mengutus rasul-rasul kami dengan membawa bukti-bukti yang nyata dan telah kami turunkan bersama mereka Al-kitab dan neraca (keadilan) agar manusia melaksanakan keadilan.” (QS. Al-Hadid: 25)

Dari kitab-kitab itu, yang kita kenal ialah :

a) Taurat, yang Allah turunkan kepada nabi Musa A.S, sebagaimana firman Allah dalam Al-Maidah: 44.
b) Zabur, kitab yang diberikan Allah Subhanahu Wa Ta’ala  kepada Daud A.S.

c) Injil, diturunkan Allah kepada nabi Isa, sebagai pembenar dan pelengkap Taurat.

Firman Allah: “Dan Kami telah memberikan kepadanya (Isa) injil yang berisi petunjuk dan nur, dan sebagai pembenar kitab yang sebelumnya iaitu Taurat, serta sebagai petunjuk dan pengajaran bagi orang-orang yang bertaqwa.” (QS : Al-Maidah : 46)

d) Shuhuf, (lembaran-lembaran) yang diturunkan kepada nabi Ibrahim dan Musa.

e) Al-Quran, kitab yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad penutup para nabi.
Firman Allah yang bermaksud: “Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya (permulaan) al-Quran sebagai petunjuk bagi umat manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza antara yang haq dan yang batil…” (QS. Al Baqarah: 185)


4) Beriman Kepada Rasul

Kita mengimani bahawa Allah Ta’ala telah mengutus rasul-rasul kepada umat manusia.
 Firman Allah: “(Kami telah mengutus mereka) sebagai rasul-rasul pembawa berita gembira dan pemberi peringatan, supaya tiada alasan bagi manusia membantah Allah sesudah (diutusnya) rasul-rasul itu. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (QS. AN-Nisa: 165)


5) Beriman Kepada Hari Kiamat

Kita mengimani kebenaran hari akhirat, iaitu hari kiamat, yang tiada kehidupan lain sesudah hari tersebut.Untuk itu kita mengimani kebangkitan, iaitu dihidupkan kembali semua mahkluk yang sesudah mati.

Allah Firman Allah yang bermaksud: ”Dan ditiuplah sangkakala, maka matilah siapa yang ada dilangit dan siapa yang ada di bumi kecuali yang dikehendaki Allah. Kemudian ditiup sangkakala itu sekali lagi, maka tiba-tiba mereka bangkit menunggu (keputusannya masing-masing).”
 (QS. Az-Zumar: 68)


6) Beriman Kepada Qada’ Dan Qadar

Kita juga mengimani qadar (takdir), yang baik dan yang buruk iaitu ketentuan yang telah ditetapkan Allah untuk seluruh mahkluk-Nya sesuai dengan ilmu-Nya dan menurut hikmah kebijakan-Nya.

Iman kepada qadar ada empat tingkat:

Ilmu

ialah mengimani bahawa Allah Maha tahu atas segala sesuatu yang dikehendaki.

Kitabah

ialah mengimani bahwa Allah telah mencatat di Lauh Mahfuzh apa yang terjadi sampai hari kiamat.

Masyi’ah

ialah mengimani bahawa Allah telah menghendaki segala apa yang ada di langit dan di bumi, tiada sesuatupun yang terjadi tanpa dengan kehendak-Nya.

Khal

Ialah mengimani Allah adalah pencipta segala sesuatu.


Keempat tingkatan ini meliputi apa yang terjadi dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala sendiri dan apa yang terjadi dari mahkluk. Maka segala apa yang dilakukan oleh mahkluk berupa ucapan, perbuatan atau tindakan meninggalkan, adalah diketahui, dicatat dan dikehendaki serta diciptakan oleh Allah.


Berminat Jadi DEALER Onexox, Hubungi Kami


SENARAI DEALER RANGKAIAN KAMI :-

1) Zul Hisham                      019 517 0831              ( Penaga, Penang )
2) Nor Afiza                        013 9121408                ( Kuantan, Pahang )
3) Syikin                              017 706 3601              ( Mersing, Johor )
4) Izhan                               010 3310714               ( Miri, Sarawak )
5) Shafiq                             014 522 0008               ( Tumpat, Kelantan )

6) Aziah                              01113316659               (Sik, Kedah )
7) Fairuz Binti Azmi             014 3272031               (Alor Star, Kedah )

8) Almi Bin Puteh                010 317 0158              ( Inanam, Sabah )
9) Mimie                             010 331 1345              ( Sandakan, Sabah )

10) Aiman Shahiran             017 589 1159              ( Kuala Lumpur )
11) Mohd Al Azhari            019 758 6410              ( Shah Alam, Selangor )
12) Khairul Imran                0112 075 8600            ( Shah Alam, Selangor )
13) Mazuin Bt Mazlan         01113003319              ( Shah Alam, Selangor )

14) Amirul                          0194748072                ( Changkat Jering, Perak )
15) Megat                          017 572 6268              ( Taman Mewah, Kemunting, Perak )
16) Azman                         017 224 6456              ( Changkat Jering, Perak )
17) Mohd Fadhil                010 565 4485              ( Bukit Gantang, Perak )
18) Norisham                    019 541 1118               ( Jelutong, Perak )
19) Azizan                         017 487 6965              ( Taiping, Perak )

20) Badrul                         0109888023                ( Seberang Takir, Terengganu )
21) Fatihah Hanan             018 900 3407               ( Chukai, Kemaman, Terengganu )
22) Mohd Padli                 019 934 0488               ( Chendering, Terengganu )
23) Rozaini                        013 937 0519               ( Bukit Payong, Terengganu )
24) Rosmah ( Gee )           017 932 1343               ( Kuala Kemaman, Terengganu )

Rukun Islam Yang Wajib Umatnya Tahu



Erti daripada Islam secara bahasa adalah taat dan secara hukum syara' adalah ta'at kepada hukum - hukum syara’ atau dikenali juga sebagai hukum - hukum Allah S.W.T. Rukun - rukun yang wajib kita laksanakan adalah seperti berikut :


1. Mengucap dua kalimah syahadah.

Bacaan dua kalimah syahadah :



Ertinya: “Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.”

Jadi, dua kalimah syahadah adalah bacaan pengakuan terhadap dua perkara. Pertama, pengakuan bahawa hanya Allah SWT saja yang wajib kita sembah dan kita taati. Kedua, pengakuan bahawa Nabi Muhammad SAW adalah seorang Nabi dan Rasul yang diutus oleh Allah SAW kepada umatnya.


2. Mendirikan Solat 5 Waktu.


Rukun Islam yang kedua adalah mendirikan solat 5 waktu. Ertinya, solat 5 waktu iaitu subuh, zuhur, asar, maghrib dan isya’  wajib kita lakukan setiap hari. Mengenai cara pelaksanaan solat wajib 5 waktu ini sudah banyak dijelaskan oleh para ulama dalam kitab-kitabnya. Sabda Rasulullah S.A.W :




 Ertinya: “Solatlah kamu sebagaima kamu lihat aku bersolat.”
(Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad)


Sabda Rasulullah S.A.W lagi : “Sesungguhnya perkara pertama yang akan disoal ada seorang hamba pada hari akhirat adalah tentang solatnya.”
(Riwayat Abu Daud)


3. Membayar Zakat.

Rukun Islam yang ketiga adalah membayar zakat. Begitu pentingnya zakat dalam Islam, perintah zakat sering diiringkan dengan perintah solat dalam Al-Quran. Misalnya dalam surat Albaqarah ayat 43:




Ertinya: “Dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan rukuklah beserta orang-orang yang rukuk.”

Secara umum, zakat terbagi menjadi dua jenis iaitu zakat fitrah dan zakat harta. Zakat fitrah adalah zakat yang wajib dikeluarkan oleh setiap manusia setahun sekali di bulan Ramadhan hingga sebelum solat eid. Kadar dan jenis zakat ini tertentu dan terdapat perbezaan pendapat di antara para ulama.
Sedangkan zakat harta adalah zakat yang wajib dikeluarkan kerana kepemilikan atas harta tertentu. Zakat harta hanya wajib dibayar jika sudah sampai nisab dan sudah sampai haul. Zakat harta ada beberapa macam iaitu zakat emas dan perak, zakat perniagaan, zakat haiwan dan zakat pertanian.


4. Berpuasa di Bulan Ramadhan

Seluruh umat islam diwajibkan berpuasa pada Bulan Ramadhan selama  sebulan atau kebiasaan 30 hari.  kecuali bagi yang uzur syar’i. Jika kita meninggalkan puasa Ramadhan baik kerana uzur syar’i atau sengaja, maka kita wajib mengqadha’ (menggantikan) di lain waktu. Begitu juga bagi wanita yang melahirkan anak dan menyusukan anak.

Dalil wajibnya melakukan puasa Ramadhan adalah sebagai berikut:





“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (QS. Al Baqarah : 183)


5. Menunaikan Haji bagi yang mampu.


Ibadah haji hanya diwajibkan satu kali seumur hidup. Kewajiban ini pun tidak berlaku untuk semua. Kewajiban haji hanya bagi orang-orang yang mampu. Orang yang memiliki harta yang cukup untuk perjalanan haji, memiliki kesihatan yang baik dan memiliki harta untuk keluarga yang ditinggalkan, maka orang tersebut sudah wajib melakukan haji.

Nama-Nama Malaikat Dan Tugasannya



Percaya kepada malaikat merupakan rukun iman kedua yang wajib kita percaya dan imani oleh orang islam dengan sepenuh jiwa tanpa keraguan padanya. Percaya di sini bermaksud meyakini bahawa wujudnya malaikat yang menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah S.W.T dengan taat dan patuh. 

Mereka menyembah Allah dan selalu taat kepada-Nya, mereka tidak pernah berdosa. Tiada seorang pun di muka bumi ini mengetahui jumlah malaikat kesluruhannya dengan tepat, hanya Allah S.W.T sahaja yang mengetahui jumlahnya sebagaimana firman Allah S.W.T di dalam Surah Al-Muddathir ayat 31 :




Maksudnya : “Dan tiada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia lah sahaja. Dan (ingatlah, segala yang diterangkan berkenaan dengan) neraka itu tidak lain hanyalah menjadi peringatan bagi manusia.” 

Walaupun manusia tidak dapat melihat malaikat tetapi jika Allah berkehendak maka malaikat dapat dilihat oleh manusia, yang biasanya terjadi pada para Nabi dan Rasul. Malaikat selalu menampakan diri dalam wujud laki-laki kepada para nabi dan rasul. Seperti yang terjadi kepada Nabi Ibrahim  dan isterinya  Siti Sarah ketika didatangi dua malaikat untuk menyampaikan khabar gembira tentang kelahiran zuriat baginda bernama Ishak. Pada malam itu juga selepas kedua malaikat itu mengunjungi nabi Ibrahim, mereka akan menemui nabi Lut untuk menyampaikan peringatan bala Allah yang akan menimpa umatnya ketika subuh keesokan harinya.

Allah menciptakan mereka dari cahaya. Sebagaimana diterangkan oleh hadis Riwayat Muslim:

“Allah menciptakan malaikat dari cahaya, menciptakan jin dari nyala api, dan menciptakan Adam dari apa yang telah disifatkan (dijelaskan) kepada kalian.” (HR. Muslim)

Banayak lagi terdapat dalil dari Allah S.W.T tentang kewujudan malaikat dan dari hadis-hadis yang menerangkan perkara yang sama.

 Firman Allah:

”Wahai orang-orang yang beriman, tetaplah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan kepada kitab yang Allah turunkan kepada Rasul-Nya serta kitab yang Allah turunkan sebelumnya. Barangsiapa yang kafir kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, dan hari Kemudian, Maka Sesungguhnya orang itu telah sesat sejauh-jauhnya.” (QS. An Nisaa’: 136)


“Barang siapa yang menjadi musuh Allah, malaikat-malaikat-Nya, rasul-rasul-Nya, Jibril dan Mikail, Maka Sesungguhnya Allah adalah musuh orang-orang kafir.” (QS. Al Baqarah: 98)


Sabda Rasulullah saw:

“Rasulullah saw. pada suatu hari bersama para sahabat, lalu seorang laki-laki datang padanya kemudian berkata; “Ya Rasulullah, apakah iman itu?” Rasul menjawab, “Iman adalah kamu beriman pada Allah, malaikat, kitabNya, bertemu denganNya, para Rasul, dan beriman kepada hari kebangkitan.””


“Ya Allah Tuhannya Jibril, Tuhannya Mikail, Tuhannya Israfil, Pencipta langit dan bumi, Yang mengetahui alam ghaib dan alam nyata, Engkau memutuskan di antara hamba-hamba-Mu dalam apa yang mereka perselisihkan, berilah aku petunjuk kepada kebenaran yang mereka berselisih di dalamnya dengan izin-Mu, karena Engkau memberi petunjuk siapa yang Engkau kehendaki ke jalan yang lurus.” (HR. Muslim)


“Sesungguhnya Al-Bait Al-Ma’mur (rumah di langit ke tujuh yang dikelilingi para malaikat) dalam setiap hari dimasuki tujuh puluh ribu malaikat dan mereka tidak keluar daripadanya.” (HR. Bukhari dan Muslim)


Diantara para malaikat, yang wajib diketahui oleh semua orang islam adalah seperti berikut :



1.Malaikat Jibrail A.S.

Diberi satu jawatan khusus dan yang paling mulia iaitu utusan yang menghubungkan   di antara Allah dengan rasul-rasul-Nya, dan juga ditugaskan menyampaikan wahyu daripada Allah kepada rasul-rasul-Nya itu.

2.Malaikat Mikail

Ditugaskan oleh Allah menurunkan hujan untuk menghidupkan bumi, binatang-binatang, sayur-sayuran, pokok-pokok, buah-buahan, biji-bijian dan tumbuh-tumbuhan yang lain.

3.Malaikat Israfil

Ditugaskan oleh Allah meniupkan sangkakala pada hari kiamat dan pada ketika itu makhluk-makhluk yang ada di langit dan di bumi semuanya mati kecuali yang dikehendaki Allah terkemudian matinya.

4.Malaikat ‘Izrail

Ditugaskan oleh Allah untuk mencabut (mengambil) nyawa semua yang bernyawa di alam dunia ini.

5.Malaikat Munkar dan Nakir

Ditugaskan oleh Allah untuk menyoal mayat selepas manusia  meninggal dunia.

6.Malaikat Raqib

Ditugaskan oleh Allah untuk mencatat segala perbuatan dan perkataan yang baik daripada manusia.

7.Malaikat Atid

Ditugaskan oleh Allah untuk mencatat segala perbuatan dan perkataan yang jahat daripada manusia.

8.Malaikat Malik

Ditugaskan oleh Allah untuk menjaga pintu neraka tempat manusia menerima balasan dari dosa dan kederhakaan manusia kepada Allah.

9.Malaikat Ridhwan
Ditugaskan oleh Allah untuk menjaga pintu syurga tempat manusia menerima balasan dari ketaatan dan ketakwaan manusia kepada Allah.

9 Tempat Menarik Di Perak

1. Hotspring Sungai Klah, Sungkai





Sungai Klah Hotspring ini direka khas bagi air mengalir dari mata air panas ke kolam renang dan taman terapi di kaki Banjaran Titiwangsa berketinggian 200 kaki di atas paras laut sememangnya menarik pengunjung yang menghargai keajaiban semulajadi. Keluarga yang melawat taman itu boleh mencuba tempat mandi yang tersedia di sini bersama- sama keluarga. Satu lagi aktiviti terkenal yang harus dicuba ialah pengalaman merebus telur dalam air panas.

Bagi pengunjung yang berminat untuk merasai pengalaman urutan Melayu tempatan, pihak taman menawarkan pakej terbaik urutan tradisional yang boleh dimanfaatkan. Untuk mengikuti aktiviti yang lebih mencabar, para pelawat boleh mengikuti cabaran menelusuri Sungai Sungkai atau berlari di trek sekitar taman rekreasi ini sambil menikmati alam semulajadi.


2. Hutan Simpan Belum




Ke arah utara Tasik Temenggor, di utara Semenanjung Malaysia (negeri Perak), terdapat satu kawasan hutan yang luas yang belum terusik yang dikenali sebagai Hutan Simpan Belum. Kawasan ini merupakan salah satu rizab hutan terbesar yang belum pernah diterokai di Semenanjung Malaysia. Kehadiran spesies mamalia besar seperti gajah, badak sumbu, tapir dan harimau menjadikan Belum sangat istimewa.

Pelbagai pengusaha pelancongan kini menawarkan perkhidmatan lawatan berpandu ke kawasan-kawasan tertentu rizab dan akan menguruskan permit yang diperlukan, pengangkutan jalanraya dan sungai dan penginapan, termasuk perkhemahan.


3. Gua Tempurung




Gua ini mungkin merupakan gua batu kapur semulajadi terbesar di Semenanjung Malaysia yang terletak di daerah Gopeng, 24km di selatan Ipoh, gua itu berkeluasan kira-kira 1.5km panjang.



Terdiri daripada lima bentuk kubah besar yang siling atasnya berbentuk tempurung kelapa, setiap satu kubah mempunyai pelbagai bentuk stalagmit dan stalaktit. Kubah-kubah ini juga berbeza di antara satu sama lain dari segi suhu, paras air, kandungan batu kapur dan marmar.

Trdapat beberapa pakej untuk menerokai keindahan gua tempurung yang dikendalikan oleh beberapa orang 'guide' yang sporting dan berani.  


4. Bukit Larut




Semua jenis bunga yang terdapat di Malaysia termasuk pokok palma gergasi 'fishtail' yang jarang ditemui dapat hidup segar di sini. Bunga matahari keemasan yang ditanam di sini adalah yang terbesar di negara ini.

Pada hari yang cerah, anda boleh melihat pesisiran pantai semenanjung dan Selat Melaka, menjangkau sehingga ke Pulau Pinang di utara dan Pulau Pangkor di selatan. Pemandangan yang indah dapat dilihat di siang hari, dan kelihatan mempesonakan pada waktu malam. Walau bagaimanapun, pemandangannya sering dikaburi oleh kumpulan awan pada waktu petang, terutamanya dari bulan September hingga ke Disember.


5. Hutan Paya Bakau Matang




Hutan Paya Bakau Matang adalah ekosistem paya bakau terbesar di Semenanjung Malaysia. Pusat Pemuliharaan Burung Kuala Gula telah memenangi anugerah bagi kategori "Tarikan Perlancongan Terbaik (Tarikan Alam Semula Jadi)" di Anugerah Pelancongan Malaysia.

Semasa musim penghijrahan di antara bulan Ogos dan April setiap tahun, dianggarkan lebih daripada 200,000 burung-burung hijrah yang terdiri daripada kira-kira 50 spesies akan singgah di sini.

Terdapat juga pusat pelawat yang serba lengkap dan bermaklumat di mana anda boleh mendapatkan program pendidikan yang terperinci serta paparan yang memfokuskan tentang kepentingan melindungi dan memelihara ekosistem paya bakau serta sejumlah besar spesies burung-burung yang menetap disini dan juga burung-burung hijrah.



6. Kompleks Sejarah Pasir Salak




Terletak kira-kira 70km dari Ipoh, Kompleks Sejarah Pasir Salak memberi penghormatan kepada pahlawan-pahlawan seperti Dato' Sagor dan Dato' Maharaja Lela. Terdapat memorial yang didirikan untuk menghargai pengorbanan mereka, dalam bentuk sundang (pedang), satu replika berbentuk pisau yang digunakan dalam pembunuhan Mr. Birch. Kompleks ini memberi penghormatan kepada pahlawan seperti Dato' Sagor dan Dato' Maharaja Lela, yang mengetuai penduduk tempatan menentang kuasa pentadbiran penjajah British.

Tarikan lain di kompleks itu adalah Monumen J.W.W. Birch, kubur Sipuntum (didakwa sebagai pembunuh), kubu Datuk Maharaja Lela, meriam Lela Rentaka yang digunakan dalam penentangan terhadap tentera penjajah British, dan dua Rumah Kutai (rumah tradisi Perak) dipenuhi dengan artifak sejarah dan budaya tempatan.


7. Kellie's Castle


Istana Kellie dibina sebagai rumah kedua bagi pengusaha ladang dari Scotland bernama William Kellie Smith pada abad ke-20 Di samping berhantu, mahligai ini dipercayai mempunyai bilik-bilik tersembunyi dan terowong-terowong rahsia di bawah tanah.


Jalan ke Istana Kellie dibina mengikut kontur tanah yang berliku-liku dan menggayatkan, sehingga seperti akan sesat, menambahkan lagi misteri dan suasana romantik kawasan itu.




8. Pulau Pangkor




Pelawat berpeluang untuk melihat sebahagian daripada mereka semasa 40 minit perjalanan feri dari Lumut ketika berhenti di petempatan utama Sungai Pinang Kecil dan Sungai Pinang Besar sebelum mendarat di pekan Pangkor.

Dua kawasan pantai yang terkenal iaitu Pasir Bogak dan Teluk Nipah menawarkan kepada peminat aktiviti laut seperti aktiviti menyelam, luncur angin dan memancing. Walaupun Pasir Bogak agak maju, Teluk Nipah masih lagi mengekalkan suasana kampung. Teluk Ketapang atau Teluk Penyu masih menerima kehadiran penyu untuk singgah bertelur. Beberapa resort di pulau itu juga mempunyai padang golf yang luas dan cantik.


9. Galeri Arkeologi Lenggong



Galeri Arkeologi Lenggong atau dikenali sebagai Galeri Arkeologi Kota Tampan terletak di sebuah kawasan bekas ladang Kelapa Sawit di Kampung Kota Tampan, Mukim Temelong, Lenggong dan berada dalam Daerah Hulu Perak iaitu 8 km ke selatan dari Pekan Lenggong dan 2 km dari jalan raya Kuala Kangsar - Grik.
UNESCO telah mewartakan Warisan Arkeologi Lembah Lenggong sebagai salah satu dari Tapak Warisan Dunia UNESCO. Warta pemasyhuran telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Warisan Dunia UNESCO.
Bagi pencinta sejarah, tempat ini sesuai dengan minat anda untuk mendalami asal-usul manusia yang pernah mendiami tempat ini ribuan tahun dahulu.




.. .. ..