......

20 tanda-tanda isteri sayang suami

6666




20 Tanda-tanda isteri sayang pada suami
Yang suami jarang ambil tahu




Kita seringkali membaca di mana-mana blog atau website sekalipun mesti berkenaan tanda-tanda suami sayang isteri,


Jarang pula kita melihat, membaca, mendengar tentang tanda-tanda isteri sayang pada suami


Kenapa? Suami@lelaki tiada perasaan kah yang mereka tidak perlu tahu tentang tanda-tanda isteri mereka sayang atau tidak pada mereka…


Memang, memang kebanyakan lelaki@ suami jarang meluahkan perasaannya terhadap isterinya tetapi tidak semestinya sayang isteri melebihi sayang suami terhadap isteri

Mereka banyak menunjukkan kasih sayang mereka melalui perbuatan dan tidak pula mereka tidak mencari melalui sumber-sumber mana-mana yang mereka boleh tahu isterinya sayang padanya…


Oleh itu, disini penulis sendiri menyenaraikan tanda-tanda isteri sayang pada suami yang suami patut tahu…(berdasarkan pengalaman penulis dan rakan-rakan penulis)



1.  Isteri tidak mengungkit 
@ memburukkan kekurangan suami 
di hadapan suami atau orang lain



2.   Isteri tidak merungut sekiranya tidak 
dapat apa yang 
dihajati



3.   Isteri marah dan berleter sekiranya suami 
tidak memberitahu@ merahsiakan perkara buruk 
yang terjadi terhadap suaminya



4.   Isteri berusaha menghias diri supaya 
kelihatan sopan dan cantik di mata suami



5.   Isteri bersabar dengan karenah suami



6.   Isteri berusaha menjalankan kewajipannya 
dengan baik



7.   Isteri tidak membantah teguran suami
 yang tidak melanggar syariat



8.   Isteri sering mengajak suami ke arah kebaikan



9.   Isteri sering memasak makan kesukaan suami



 10.               Isteri sering membuat kejutan kepada suami 
melalui hadiah dan perkara 
@ peristiwa yang istimewa pada suami



11.               Isteri berusaha melayani suami dengan baik 
di ranjang walau dalam keadaan agak penat



12.               Isteri tidak mengungkit hal-hal tanggungjawab suami 
yang tidak mampu suami lakukan



13.               Isteri berusaha menjaga anak-anak dengan baik



14.               Isteri melayani keluarga suaminya dengan baik



15.               Isteri sering membantu suami menguruskan rumah tangga
 yang merupakan tanggungjawab suami



16.               Isteri sering mengucapkan atau 
melafazkan isi hatinya kepada suami seperti ‘I love u’ , 
‘honey sayang ayg’, syg sayangkan abg’ 
kepada suaminya



17.               Isteri manja dan buat perangai keanak-anakan@ 
mudah merajuk dengan suami@ 
cepat tersentuh sekiranya 
suami berkasar dengannya 
tetapi cepat baik apabila dipujuk



18.               Isteri cemburu apabila suami 
mempunyai hubungan lain dengan perempuan 
bukan mahram secara akrab



19.               Isteri tidak sanggup berjauhan
 dengan suaminya walau sehari



20.               Isteri susah hati dan menjaga 
suaminya sepenuh hati ketika sakit



Dengan demikian, itulah diantara tanda-tanda yang dapat penulis senaraikan tentang tanda-tanda isteri sayang pada suami dan


Sebenarnya, banyak lagi tanda-tanda isteri sayang pada suami, kalau sesiapa yang melawat blog ini ingin berkongsi tanda-tandanya atas pengalaman sendiri atau rakan-rakan, silakan,  penulis alu-alukan dengan besar hati…



~~~~Terima Kasih ~~~



editor: @isyah

Related Posts

Previous
Next Post »
.. .. ..